awaslah wahai jiwa!

 awaslah wahai jiwa... awaslah wahai raga...

kiranya engkau merasa aman dengan keamanan yang kau sangkakan...

sedangkan nasihat nasihat mereka diabaikan malahan dicemuh pula 

awaslah... awaslah...awaslah....

awasilah pergaulan mu, awasilah lidahmu dari berbelit dengan lisan mereka.

apa lagi yang mahu dipertelingkah, sedangkan zaman semakin nazak

mujalasahlah agar hatimu diasah

muhasabahlah agar kau thuba

bukan mudah dihujung hayat dunia

umpama potongan malam yang gulita

tiadanya lampu mahupun pelita

apatahlagi kalau kau buta

parahnya lagi tak terkata



diamlah sahaja dengan adegan mereka

dirimu dulu dibetulkan semula

berdamping dengan orang yang merdeka

agar bebas dari makar dan seksa


Comments

Popular posts from this blog

Kau pergi sebelum dapat kau ku miliki

Life is hard? Susah kata lidah, risau ngadu hati

Penglipur Lara