Kau pergi sebelum dapat kau ku miliki

Betapa khayalanku membawa ku kepada harapan yang palsu. Tidak ku sangka yang kau telah ada pilihan hati. Aku tidak memeriksa terlebih dahulu, sangkaan ku bahawa ramah tamu mu itu dapat ku merancangkan suatu perancangan yang menamatkan zaman bujang ku pada masa yang akan datang. Awal Syawal menjadi saksi, rancangan itu hanya sia-sia belaka, hanya dengan sebuah pertanyaan justeru, aku memperolehi jawapannya, kendatipun ia pahit dan menyakitkan hati, namun ia adalah kenyataan yang harus ku terima. Sememangnya, engkau tidak pernah mengetahui isi hatiku, dan engkau juga tidak pernah memberi tanda-tanda yang dapat aku mengambil sebagai janji, iya.... aku yang salah, kali ini aku telah membuat kesilapan atas kecuaian diri sendiri. Wahai yang diberi nama kemesraan jiwa yang indah, engkau telah pergi untuk menjadi kebahgiaan bagi pilihan hati mu....


Betapa aku idamkan jika engkau memilih aku...

Comments

Popular posts from this blog

Life is hard? Susah kata lidah, risau ngadu hati

Penglipur Lara