Posts

Aku nak jadi baik

 بسم الله الرحمن الرحيم  Sepanjang usia ku, satu perkara yang aku sangat prihatin, adakah aku ini sudah baik dengan masyarakat? Kerna aku rasa macam aku tak mampu nak beri yang terbaik kepada sesiapa yang aku jumpa.  Seorang soleh menyatakan bahawasanya aku ini seorang yang perfectionist; yakni ingin capai perfect dalam kehidupan. Ada benar dalam ucapannya itu tapi aku sedar hidup dalam dunia adalah pelajaran dan pengajaran.. Ya Allah aku nak jadi baik, jadikan lah orang² baik seperti mana kau jadikan orang² yang ko kehendaki aku lihat mereka dalam kebaikan dan kepujian!!!! 

Kau pergi sebelum dapat kau ku miliki

Betapa khayalanku membawa ku kepada harapan yang palsu. Tidak ku sangka yang kau telah ada pilihan hati. Aku tidak memeriksa terlebih dahulu, sangkaan ku bahawa ramah tamu mu itu dapat ku merancangkan suatu perancangan yang menamatkan zaman bujang ku pada masa yang akan datang. Awal Syawal menjadi saksi, rancangan itu hanya sia-sia belaka, hanya dengan sebuah pertanyaan justeru, aku memperolehi jawapannya, kendatipun ia pahit dan menyakitkan hati, namun ia adalah kenyataan yang harus ku terima. Sememangnya, engkau tidak pernah mengetahui isi hatiku, dan engkau juga tidak pernah memberi tanda-tanda yang dapat aku mengambil sebagai janji, iya.... aku yang salah, kali ini aku telah membuat kesilapan atas kecuaian diri sendiri. Wahai yang diberi nama kemesraan jiwa yang indah, engkau telah pergi untuk menjadi kebahgiaan bagi pilihan hati mu.... Betapa aku idamkan jika engkau memilih aku...

awaslah wahai jiwa!

 awaslah wahai jiwa... awaslah wahai raga... kiranya engkau merasa aman dengan keamanan yang kau sangkakan... sedangkan nasihat nasihat mereka diabaikan malahan dicemuh pula  awaslah... awaslah...awaslah.... awasilah pergaulan mu, awasilah lidahmu dari berbelit dengan lisan mereka. apa lagi yang mahu dipertelingkah, sedangkan zaman semakin nazak mujalasahlah agar hatimu diasah muhasabahlah agar kau thuba bukan mudah dihujung hayat dunia umpama potongan malam yang gulita tiadanya lampu mahupun pelita apatahlagi kalau kau buta parahnya lagi tak terkata diamlah sahaja dengan adegan mereka dirimu dulu dibetulkan semula berdamping dengan orang yang merdeka agar bebas dari makar dan seksa

Sajak yang diberi nama ''ونصحت على قلب القسي"

 Hari berganti hari Namun aku tetap begini Umur kian semakin meninggi Sedangkan bekalan belum mencukupi Bilakah saatnya ingin menyedari Adakah bila uban sudah mulai memutih Atau saat nyawa sudah melayang pergi?  Iktibar dan isyarat sudah nyata sekali Namun diri tetap tidak sadar lagi? Duhai yg diberi namanya hati, gagalkah dikau untuk merasai?  Atau permukaanya telah diliputi sehingga keras kaku begini, Tunduklah dikau lalu sedari hanya padanya engkau taati, tiada cara melainkan pada nabi,  setiap sunnahnya kau kenali  Semampu boleh kau amali semoga meraih cinta hakiki,  milik ilahi tiada tandingi,  ia kekal itu yang pasti Sekian nukilan tersusun ini Terhasilnya ia taufiq ilahi Sebuah rintihan dari si faqir Sentiasa iftiqar sampai ke mati

Syiír sebagai kenangan

lukisan yang terlakar menjadi sebuah tatapan warna warni pada setiap sudutnya membuat ku terkesan untuk mencapaimu terlalu jauh bahkan sulit tanpa beralasan lantas ku abadikan ia pada sekeping kertas buat renungan agar jiwa ini bisa rehat dari rindu yang tak tertahan

Penglipur Lara

Ada saat tu,kau rasa seolah tiada mampu kau menempuhi sisa sisa hidupmu itu namun dalam keadaan kau yang sudah kian rebah itu, dihadirkan penglipur lara dan dia itu mendorong akan dikau untuk meniti hari hari mu itu dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada tuhan, berlagak sebagai penawar duka dan pembakar semangat sehingga..... Hari hari yang berlalu itu tidak dirasai sukar sama sekali, seolah-olah telah dibius dengan kata-katanya dan sokongannya.... dan lazimnya setelah mendung, langit pasti akan cerah semula dan pada saat itu, dia membawa diri.  korang ingat tak salah satu peristiwa zaman nabi s.a.w, tatkala turunnya wahyu surah an nasr, gembiranya seorang sahabi kerana akhirnya kemenangan berpihak pada umat islam tapi sidi abu bakr mengalirkan airmata... kenapa? wahyu itu menandakan dekatnya kemangkatan Nabi S.A.W, Allah hadirkan baginda dan kemudian setelah sempurna kesemuannya, Allah menjemput semula Sayyidina Nabi... bukan niat aku nak samakan gambaran sirah Nabi tadi

sekadar sebuah luahan :)

tiada siapa yang dapat melalui sepanjang hayatnya tanpa kesedihan, tiada seorang pun yang diberi ni'mat hayat namun tidak diberi jugak susah senang hidupnya, sedih dan bahagia itu ibarat siang dan malam yang berlalu, aku memendam semua perasaan dalam diriku kerana tiada patut kesedihan itu terzahir dan tiada patut aku melayaninya sepanjang waktu tapi fahamilah, aku juga insan, aku juga merasai kesedihan itu, aku merasai betapa perit untuk mengorbankan, yang memberi dorongan buatku untuk menempuh sisa hayat ku adalah adanya rabbku yang sentiasa bersamaku bahkan bukankah dia sentiasa bersama semua hambanya? makanya, aku sedar yang dia sentiasa menemaniku dalam susah dan senang, jadi aku memang tak pernah serik untuk merasai belaian kasih itu walaupun aku selalu gagal, aku selalu tewas, aku selalu berundur diri tapi itu sudah lazim buat ku, seperti lazimnya hidup pasti mati, siang pasti malam, muda pasti tua........