Penglipur Lara


Ada saat tu,kau rasa seolah tiada mampu kau menempuhi sisa sisa hidupmu itu
namun dalam keadaan kau yang sudah kian rebah itu, dihadirkan penglipur lara
dan dia itu mendorong akan dikau untuk meniti hari hari mu itu dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada tuhan, berlagak sebagai penawar duka dan pembakar semangat

sehingga.....

Hari hari yang berlalu itu tidak dirasai sukar sama sekali, seolah-olah telah dibius dengan kata-katanya dan sokongannya.... dan lazimnya setelah mendung, langit pasti akan cerah semula dan pada saat itu, dia membawa diri. 
korang ingat tak salah satu peristiwa zaman nabi s.a.w, tatkala turunnya wahyu surah an nasr, gembiranya seorang sahabi kerana akhirnya kemenangan berpihak pada umat islam tapi sidi abu bakr mengalirkan airmata... kenapa?
wahyu itu menandakan dekatnya kemangkatan Nabi S.A.W, Allah hadirkan baginda dan kemudian setelah sempurna kesemuannya, Allah menjemput semula Sayyidina Nabi...
bukan niat aku nak samakan gambaran sirah Nabi tadi kerana ia memang amat berbeza tapi serupa secara dasarnya.
Maka, setelah semuanya kelihatan terkawal dan pulih semula, penglipur lara hilang diruang mata.
"Wahai Si penglipur Lara, aku sedar kau hanya dipinjam buat sementara. Ku ingin ucapkan terima kasih dan ku faham kau kiriman Al Muin sebagai maúnah buat saat itu. Moga dihadirkan bagi engkau serupa engkau dihadirkan buat diriku pada saat2 penuh liku."

Comments

Popular posts from this blog

Kau pergi sebelum dapat kau ku miliki

Life is hard? Susah kata lidah, risau ngadu hati