Posts

Showing posts from 2016

i'tiraf inda kulli zambi

Dengan nama mu ya Allah, yang maha pengasih lagi maha pemurah, kami hamba mu menyebut, dalam apa jua keadaan pun sehingga pada saat akhir kami dibangkit daripada kubur kami hinggalah ke gerbang Jannah dengan rahmat mu Selawat dan salam yang berterusan hingga ke yaumul akhir kepada sayyiduna wa habibuna Muhammad S.A.W , ahli keluarganya dan para sahabah sekalian…..   Ya Allah, aku iktiraf akan kelemahan ku, bergetar hatiku melihat qadha hamba mu yang lain, nafsu ku menjerit “di manakah aku pada sisi mu YA Rabb!!” namun, ada suatu desiran pada hatiku, ia memberitahu aku, “mana mungkin yang menciptakan kau mengabaikan kau, apa kau fikir dia yang mentadbir sekalian alam tidak akan memberi perhatian pada mu!!! Siapa yang kau pernah sebut?? Walaupun dengan menyebut selawat ke atas rasul S.A.W, engkau sudah mendapat perhatiannya!! Ya Allah, dosaku terlampau banyak!!! Dengan siapa harus ku membawa dosa-dosa ini semua? Aku telah jatuh tergolek!! Lumpuh rohani ini dek kecintaan dunia!! Y

Akhlak Sang Rasul S.A.W

Betapa indahnya akhlak perilaku sang rasul yang diutus buat sekalian alam, cerita-cerita indahnya akhlak Rasulullah SA.W begitu banyak sekali, pada suatu ketika dahulu, seorang sahabah rasul S.A.W yang bernama Adi at Tai, yang mana pada waktu ketika itu sebelum dia memeluk islam, beliau seorang yang ternama kerana beliau adalah zuriat Hatim At Ta’i dan Hatim At Ta;i seorang yang dikenali sebagai yang paling pemurah di zaman jahiliyah, kisah pemurahnya itu tersebar sebagai kisah lagenda orang-orang arab, dan kalau ingin misalkan kemurahan seseorang itu, dikaitkan kepada Hatim At Ta’i, maka pada suatu kejadian dalam salah satu ghazwah(war expedition) rasullulah S.A.W, salah satu orang tawanan pada peperangan itu adalah anak gadis Hatim At Ta’i, seperti lazim, orang tawanan akan menjadi hamba sahaya maka anak gadis Hatim itu meminta agar dirinya dibawa untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W, maka diberitahu pada Baginda, yang dia ini anak gadis Hatim untuk merujuk akan status ayahnya y

aku yang berpenyakit (su'ul dzon)

Sudah diketahui segala penyakit hati dan aku adalah si pesakit yang paling berpenyakit, hati aku sudah lama rosak, sudah lama berkarat, andai allah izinkan aku melihat kondisi hatiku, mungkin ia lebih teruk dari najis yang berperingkat mughazallah, su’ul dzon!!! Kenapa aku suka melihat keadaan orang dan kemudian menilai, kenapa tidak aku menatap diri aku pada cermin, mencermin diriku dari hujung rambut hingga hujung kaki dan kemudian menilai!!! Dan kemudian memaki dari sendiri kerana banyak sungguh kesalahan dan kejelekan aku!! Banyak sungguh kekurangan aku!! Dosa aku dari sejak baligh sampai sekarang !!! teruk aku lebih yang lain sebab aku lebih kenal diri aku dari orang lain!!! Pada setiap nafas diam aku, aku maki orang disekilingku kerana mengikut hawa nafsu amarah bi'suuq, aku fikir yang dengan ilmu anugerah ilahi, aku lebih tahu niat hati orang, tujuan orang, padahal aku sudah jatuh pada peringkat hina, alhamdulilah pada ilmu yang diperolehi kerana ia sebagai pengukur bagi se

Sheikh ahmad Ar rifa'e and the dog

Back in the days during the islamic golden age, lived a great scholar by the name of sheikh Ahmad ar rifa'e, a great scholar who was dearly respected by many because of his vast knowledge and revered faith and zealous towards Allah s.w.t. One fine day as he was making his way to a majlis, he had to cross a small and narrow bridge first to get to the other aside however so happened, a dog was approaching from the other side of the bridge, upon seeing that, he tried to chase the dog  by saying " shoo you dog, i am going to a majlis and I don’t want my clothes to be filth yakni najis by you (i.e. the tendency that they may collided is high) , with allah grace, the dog was made to speak, so the dog rebuked “ hey sheikh ahmad, you’re not supposed to look at me with such lowly gaze….it is true that if we collided, your clothes will be filth but that filth can be remove by using water or soil but what about that filth/stain of kibr yakni arrogance that is present in your heart?? H

keadaan Hati

Hati yang rapuh tatkala ia hancur, serpihannya akan lebih berderai Berderainya ia hingga menjadi bosan untuk dicari kesemua serpihan untuk dicantum semula Jadi disini, ingin ditekankan, memang benar kita mampu mencantum ia semula tapi mampukah kita mengutip setiap serpihan-serpihan kecil yang begitu halus untuk menyempurnakan semula hati tersebut? Hati yang retak bisa disambung semula namun kalau hancur…. 

Fa dzakkir innama anta mudzakkir

‘what are we when we are alone?’ ‘what were we when we were in a crowd?” verily, our nafs are one cunning being!! These are definitely trying times!! Just Do Good… and stop thinking about other actions. Concern yourself when you know you are still a mess!!  Give nasihah... it benefits us as the giver then the receiver... think as such and one will always be in the state of being reminded

biarlah mereka nak kata apa...

Fa yaqulu ma yaqul…. Anta man arju ridho…. haza kalam….ini kalam yang dipetik dari kalam imamul syahid al Hasan Al Banna… biarlah mereka nak kata apa… engkaulah yang ku harapkan keridhaaan ya’ni allah taala… kalau kita cari keridhaan manusia…sampai bila? Andai mereka orang baik2…kelak mereka akan kembali ke alam abadi…siapa tempat kita bergantung selepas itu? andai kita ditemukan dengan kesemua makhluk allah dan sikap kita sama….dengan kehendak allah yang temukan kita akan mereka semua…allah boleh fana’a kan mereka semua kerana dia sahaja yang ba’qa …seperti firmanya di surah Rahman, semua akan mati, yang tinggal hanya dia… yang memiliki segala kebaikan…. Maka, muhasabah lah wahai insan, muhasabah lah wahai yang direzkikan kesihatan dan segala nikmat oleh Rabbul alamin…. Tawakkul alallah…. Ridha allah terhadap kita, syurga allah sebagai ganjaran….biarlah orang nak kata apa,  namun engkau ya’ni Allah..engkau tahu yang ridha mu ku harapkan… ku pohon agar sentiasa membuat sesuatu

Pergilah duhai 'Cinta'

Aku dah tak berupaya untuk mencari cinta, aku dah muak dengan cinta, aku seolah-olah rasa terkilan dengan perasaan cinta untuk mencari….. Siapa yang berhak dicintai terlebih dahulu? Kenapa nafsu hati ku masih lagi merenggek untuk dikasihi? Ramai yang tak minta, ia datang secara sendiri…andai aku dapat bersikap demikian!! Tidak mengharapkan apa apa pun…tidak menagih akan kasih kepada yang ku cintai? Rabbku inginkan yang terbaik buat ku tapi aku tak sabar!!!!! Aku tak sabar!!! Berontak jiwa lara dalam hatiku, pergilah kau perasaan cinta… walaupun kau fitrah kurniaan ilahi, aku merayu agar kau pergi dulu, kian kelak masanya sudah sesuai datanglah menerpa kembali!!! Aku tidak akan lari kemana pun… tinggalkan sedikit buat cinta terhadap rabbku, habibana Nabi S.A.W dan ahli keluargaku…. Selebihnya, mereka tak inginkan aku!! Tak guna merayu pada yang tak sudi!!! 

Ramadhan mu tunggu aku datang !!!!

Bulan yang terunggul dari segala bulan Datangnya sekali pada setiap tahun Seseorang yang telah menemuinya tahun sudah tiada jaminan dia bakal temui tahun yang kini Ia adalah bulan sebaik baik bulan Bulan Ramadhan al Mubarak Bulan ummat rasullulah S.A.W Andai diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan usah dipersiakan Rugilah buat sesiapa yang melalui Ramadhan namun masih memperlekehkan amalan dan kewajipan Bulan dimana allah membebaskan beberapa ribu hambanya dari neraka Rugilah kalau kita lalui bulan ini namun allah tetap tak ingin memandang kita pada akhir ramadhan Wa iyyazubilah….. bulan yang mana ada lailatul qadr… malam yang terlebih baik dari seribu bulan

Rintihan SI AHLI MA’SIAT !!!

Siang dan malam bersilih ganti Setiap yang berlalu adalah peluang dan ni'mat dari ilahi Tapi kenapa aku mensia-siakannya Umur aku pendek tapi aku tak peduli dengan masa yang berlalu Kafan aku sudah siap ditenun tapi aku masih duduk bermaksiat? Pelikkan aku sebagai hamba allah? Lubang kubur sudah siap digali tapi aku seolaah-olah ingin masuk dengan dosa aku? Ampun ya rabb…ampun ya rabb….ampun sesungguhnya kau sayang orang yang suka bertaubat dan suka bersuci  J Malaikat maut dah perhatikan sajer wajah aku… andai disentap, bagaimana keadaan aku ketika itu? MOGA MOGA KAMI SEMUA MENDAPAT Khusnul khotimah dan sekali gus redha allah di akhir hayat kita….

Malam penuh keajaiban !!! Israk Wa Mi'raj :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Malam 26hb rejab….. selawat dan salam kepada rasul terpilih dan teragung buat selama lamanya yang mana, Allah jal’la wa a’la telah menjalankan hambanya yang amat disayangi untuk ketemunya di sidratul muntaha. Sedikit sungguh yang kita ketahui tentang kejadian tersebut, selebihnya, allahu a’lam, rahsia disebalik kejadian ini membuktikan kasih yang terunggul sekali di antara sang pencipta dengan ciptaannya yang ter-elok sekali… menurut naluri hati manusia, kadangkali, diam boleh dapat menggambarkan kasih yang benar benar dalam dan luar biasa sekali, seolah-olah menceritakan bahawasanya, yang selebih itu biarlah dirahsiakan J seperti kita apabila berkasih dengan seseorang, tak mungkin akan dihikayatkan keseluruhan kisah kita dengan kekasih kita malah hanya sebahgian mungkin ¼ sahaja J begitu lah juga dengan peristiwa israk wa miraj. Dalam peristiwa ini juga dapat mengukuhkan keimanan seseorang kepada sang penciptanya, menyempurnakan lagi ketauhida

Cintailah DIA.....

Cintailah dia nescaya yang lain akan mencintai mu Cintailah dia yang memberi rezki buat ibumu sepanjang kandungan mu Cintailah dia yang memelihara ibumu agar dapat bersalin dengan sempurna Cintailah dia yang mengizinkan kau membesar dengan selamat dan sejahtera Cintailah dia yang menahan kemurkaannya agar kau mampu bertaubat dan insafi perbuatan mu Cintailah dia yang mewujudkan kamu di kalangan ummat rasulullah S.A.W Cintailah dia kerna memilih kamu untuk menerima fitrah islam Cintailah dia kerana memberi tumpuan khususiyah kepada siapa yang dia duga Cintailah dia kerana memberikan kau yang terbaik walaupun kau mengadu pada awal itu adalah bala Cintailah dia yang menyunyikan dikau dari pandangan lain supaya kau lebih memahami yang dia sahaja tempat mengadu Cintailah dia yang mengenyangkan perutmu dan hilangkan dahaga mu walaupun kau tahu kau bermaksiat kepadanya Cintailah dia yang menentukan sesuatu cubaan agar kita kembali kepadanya supaya kita selamat dari azab