Posts

Showing posts from November, 2016

Akhlak Sang Rasul S.A.W

Betapa indahnya akhlak perilaku sang rasul yang diutus buat sekalian alam, cerita-cerita indahnya akhlak Rasulullah SA.W begitu banyak sekali, pada suatu ketika dahulu, seorang sahabah rasul S.A.W yang bernama Adi at Tai, yang mana pada waktu ketika itu sebelum dia memeluk islam, beliau seorang yang ternama kerana beliau adalah zuriat Hatim At Ta’i dan Hatim At Ta;i seorang yang dikenali sebagai yang paling pemurah di zaman jahiliyah, kisah pemurahnya itu tersebar sebagai kisah lagenda orang-orang arab, dan kalau ingin misalkan kemurahan seseorang itu, dikaitkan kepada Hatim At Ta’i, maka pada suatu kejadian dalam salah satu ghazwah(war expedition) rasullulah S.A.W, salah satu orang tawanan pada peperangan itu adalah anak gadis Hatim At Ta’i, seperti lazim, orang tawanan akan menjadi hamba sahaya maka anak gadis Hatim itu meminta agar dirinya dibawa untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W, maka diberitahu pada Baginda, yang dia ini anak gadis Hatim untuk merujuk akan status ayahnya y