Posts

Showing posts from October, 2016

aku yang berpenyakit (su'ul dzon)

Sudah diketahui segala penyakit hati dan aku adalah si pesakit yang paling berpenyakit, hati aku sudah lama rosak, sudah lama berkarat, andai allah izinkan aku melihat kondisi hatiku, mungkin ia lebih teruk dari najis yang berperingkat mughazallah, su’ul dzon!!! Kenapa aku suka melihat keadaan orang dan kemudian menilai, kenapa tidak aku menatap diri aku pada cermin, mencermin diriku dari hujung rambut hingga hujung kaki dan kemudian menilai!!! Dan kemudian memaki dari sendiri kerana banyak sungguh kesalahan dan kejelekan aku!! Banyak sungguh kekurangan aku!! Dosa aku dari sejak baligh sampai sekarang !!! teruk aku lebih yang lain sebab aku lebih kenal diri aku dari orang lain!!! Pada setiap nafas diam aku, aku maki orang disekilingku kerana mengikut hawa nafsu amarah bi'suuq, aku fikir yang dengan ilmu anugerah ilahi, aku lebih tahu niat hati orang, tujuan orang, padahal aku sudah jatuh pada peringkat hina, alhamdulilah pada ilmu yang diperolehi kerana ia sebagai pengukur bagi se