Posts

Showing posts from May, 2016

Ramadhan mu tunggu aku datang !!!!

Bulan yang terunggul dari segala bulan Datangnya sekali pada setiap tahun Seseorang yang telah menemuinya tahun sudah tiada jaminan dia bakal temui tahun yang kini Ia adalah bulan sebaik baik bulan Bulan Ramadhan al Mubarak Bulan ummat rasullulah S.A.W Andai diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan usah dipersiakan Rugilah buat sesiapa yang melalui Ramadhan namun masih memperlekehkan amalan dan kewajipan Bulan dimana allah membebaskan beberapa ribu hambanya dari neraka Rugilah kalau kita lalui bulan ini namun allah tetap tak ingin memandang kita pada akhir ramadhan Wa iyyazubilah….. bulan yang mana ada lailatul qadr… malam yang terlebih baik dari seribu bulan

Rintihan SI AHLI MA’SIAT !!!

Siang dan malam bersilih ganti Setiap yang berlalu adalah peluang dan ni'mat dari ilahi Tapi kenapa aku mensia-siakannya Umur aku pendek tapi aku tak peduli dengan masa yang berlalu Kafan aku sudah siap ditenun tapi aku masih duduk bermaksiat? Pelikkan aku sebagai hamba allah? Lubang kubur sudah siap digali tapi aku seolaah-olah ingin masuk dengan dosa aku? Ampun ya rabb…ampun ya rabb….ampun sesungguhnya kau sayang orang yang suka bertaubat dan suka bersuci  J Malaikat maut dah perhatikan sajer wajah aku… andai disentap, bagaimana keadaan aku ketika itu? MOGA MOGA KAMI SEMUA MENDAPAT Khusnul khotimah dan sekali gus redha allah di akhir hayat kita….

Malam penuh keajaiban !!! Israk Wa Mi'raj :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Malam 26hb rejab….. selawat dan salam kepada rasul terpilih dan teragung buat selama lamanya yang mana, Allah jal’la wa a’la telah menjalankan hambanya yang amat disayangi untuk ketemunya di sidratul muntaha. Sedikit sungguh yang kita ketahui tentang kejadian tersebut, selebihnya, allahu a’lam, rahsia disebalik kejadian ini membuktikan kasih yang terunggul sekali di antara sang pencipta dengan ciptaannya yang ter-elok sekali… menurut naluri hati manusia, kadangkali, diam boleh dapat menggambarkan kasih yang benar benar dalam dan luar biasa sekali, seolah-olah menceritakan bahawasanya, yang selebih itu biarlah dirahsiakan J seperti kita apabila berkasih dengan seseorang, tak mungkin akan dihikayatkan keseluruhan kisah kita dengan kekasih kita malah hanya sebahgian mungkin ¼ sahaja J begitu lah juga dengan peristiwa israk wa miraj. Dalam peristiwa ini juga dapat mengukuhkan keimanan seseorang kepada sang penciptanya, menyempurnakan lagi ketauhida