Posts

Showing posts from January, 2017

Lafaz Yang Tergantung

Lafaz yang tergantung…… degupan jantung bergerak rancak dengan banjiran kalam untuk dilafazkan namun yang berhasil dari itu hanya sepotong ayat   “sejujurnya, aku…… kasih sangat akan kamu!!” setelah berjuta-juta kalam yang terhasil dari isi hati namun yang mampu terlafaz adalah itu….. sejujurnya, biarlah yang selebihnya adalah rahsia…… cukup bagi apa yang dilafaz itu untuk merangkumkan maksud kata hati, namun yang pasti selebihnya sudah pun diketahui sebelum ia terhasil lagi…. Yang memberi lebih mengetahui dari yang menerima…..

Takyah nak bersedih sangat :)

Sedih itu hanya bersifat sementara, tersebut dalam al Quran, “(kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula bergembira(secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah) Allah tidak suka pada orang yang sombong takbur lagi bermegah diri (surah al Hadid:23)   Wahai yang terluka…. Wahai yang tercalar…. Yang bukan buat mu, takkan boleh jadi buat mu, andai engkau merebut untuk yang itu juga maka ia kotor buat mu sedangkan yang bersih itu adalah khas buat mu dari allah s.w.t dan siapa yang merebut itu dari engkau maka, kotor rebutanya itu… rakusnya itu sendiri menujukkan betapa jijiknya dia kerana ingin mengambil sesuatu yang bukan buat dia… setiap seorang itu telah dijamin ilahi, usahanya adalah petunjuk dan taufik allah s.w.t, asbab itu membawanya pada hamparan ilahi…. Celiklah hati, pejamkan mata…. Segala tabir akan terlerai seolah-olah tiada tirai pun dari awal… seolah-olah, tidak wujud kej