Posts

Showing posts from 2015

Menyambut Kehadiran Cinta

Aku temui cinta di peringkat bidayah…. Aku mengenalinya di tengah safar… aku menjemput ia kemari dalam perjalanan tersebut… Kini aku memahami, tapi belum sampai tahap makrifat cinta abadi…. Lamunan Cinta… itulah yang ku lalui…. Takkan ku nafi, hatiku hampir dipenuhi dengan rasa kasih terhadapnya… aku bersyukur dari dua sudut… aku jatuh hati dengan nya untuk mempelajari apa itu cinta…. Aku berpisah dengannya pada peringkat awal agar tidak terlampau terluka dan memahami arti pengorbanan…. Secara kesuluruhan, pengorbanan itu masih dikira kecil dibandingkan si dia yang telah mencintai nya terlebih dahulu… Biar aku pergi.. Lukanya tak seberapa…  kini aku mengembara kembali dengan pengalaman itu…. Kebaikan sentiasa mengiringi kita jikalau kita selalu ingatkan sang maha pencipta !!!! J AMIN!!!  Husnul zonlah pada nya nescaya segala ketentuan akan ikut serta bersama sangkaan tersebut!!! 

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Bila Cinta bersemi di hati… Ia seperti hari yang keras kaku tak berubah pun masa….. Cinta beri satu pengharapan… .Cinta menguatkan pendirian seseorang… Cinta memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup seseorang… namun Cinta bukan untuk dimiliki buat selama lama nya…. Kadangkala, Cinta kita tidak sehebat Cinta orang lain malah kasih sang pencipta kepada hamba nya harus membuat kita redha untuk melepaskan…. Cinta insan terhadap insan juga kadangkala berfungsi dalam keaadan yang serupa namun hakikatnya sahaja yang berbeza…. Allah maha Adil lagi pemurah… Ketentuan nya menyatukan hati seseorang muslimah dengan muslimin yang lebih layak walaupun kita rasa kita sudah layak untuk nya… Dangkal sungguh pemahaman manusia yang terbatas…. Atas sebab itu, Kerana terpaksa, Aku relakan ….. Aku dicipta olehnya.. mana mungkin aku sanggup mengubah ketentuan yang terlebih dahulu ditetapkan…. Ya allah, lembutkan lah hati yang keras ini umpama sekeras kerak nasi, akan lembut juga apabila bertemu dengan t

setiap pengembaran pasti ada penghujung...

Kadangkala, kasbi atau ikhtiar kita itu terbatas akan kerana ketentuan ilahi….. didahulukan takdir maka lepas lah kita dari tujuan kita….. berakhir lah apa yang telah dimulakan dulu…… segala yang terkumpul hanya lah kenangan belaka…. Yang bakal dimamah dek zaman ke zaman….. namun selebihnya adalah dalam pengetahuan ilahi… sekiranya dia kekalkan akan kenangan itu maka ada lah kebaikan yang tersurat pada ketentuan itu.. Sampai disini lah nukilan ku…. Hanya harapkan yang terbaik buat aku dan si dia dengan pilihan nya malah buat sekelian mukminin dan mukminat….. Moga-Moga dipermudahkan apa yang akan datang…….. sekian

Masih menunggu..... إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Sunyi sepi suasana dihempit keluh kesah dan rindu…… ingin ku dakap pengubat rindu namun didinding oleh keadaan yang kelihatan samar –samar…. Terhijab akan yang nyata atas dasar syak dan waham….. masih menunggu… masih menanti….. insyallah terurai lah kelak nanti…. 

masih samar samar atau???

Rasa rasa,  seolah olah dia benar benar telah membuat keputusan ??? sekiranya dia melanjutkan niatnya dengan perbuatan… bererti aku tak boleh turut kan niat aku pula?? Namun susah untuk aku menilik akan kata kata nya?? Secara syariat, aku tak boleh ikhtiar apa apa lagi… tapi kalau di fikirkan balik, semua belum dijamin lagi….. aahh.. aku berkecelaru… apa harus aku sepatutnya lakukan?? Kalau aku buat keputusan melulu untuk meluahkan sesuatu yang belum boleh aku maksudkan… ia hanya akan berakhir dengan tipudaya…. tapi aku cuma perlukan kadar waktu yang sesuai hingga aku berani untuk  ‘meluahkan’ ia……. Dan untuk melaksanakan itu, aku harus berjumpa dia… menyelami hati budi masing2…. Hmm….  Masih samar samar atau........... 

citer citer

Telah berlaku satu peristiwa….. dikaitkan kisah seorang kelana dengan seorang puteri…. Menjelajah telah dia di bumi yang terbentang luas dengan menggapai dan merentasi berbagai aneka ragam… terserempak sudah dia akan seorang puteri yang baik hati… disapa olehnya si tuan puteri namun dipandang dia di waktu itu hanya sebagai seorang pengembara yang menyusahkan nya… alangkah sombong si kelana ini… tidak sedar akan nasib sendiri yang hanya seorang musafir hina… tidak berumah dan berkatil.. beralaskan tanah dan berbumbung akan  7 petala langit…. Ciptaan ilahi yang  tiada tandingi….. sudah lah keseorangan.. diajak untuk meneman, ditolak pula bulat bulat….. setelah kian lama puas berkelana… menjelajah kesana sini…. Pulang lah dia ke kampong halaman…. 7 tahun datang dan pergi seperti baru sahaja dicerna makanan yang dikunyah tadi…… kepulangan nya telah mengubah sikap dan akhlaknya… atas sebab pengalaman dan taufiq dari ilahi…..menerus akan kehidupanya,  tiba tiba.. tersentak dia dari lamunan…

semua telah terjawab

Akhirnya jumpa juga aku akan dia  berselimput dia di atas lantai sambil menadah tangan nya lalu meng’amin’ kan doa yang di pinta oleh ustazahnya.. aku tidak berani mendongak lama kepala ku untuk melihat para jemputan yang ada di situ…. Malu rasa diri ini bersama orang baik2… namun tetap syukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan aku untuk bertemu dengan nya….. banyak yang tersingkap pada petang hari itu…. Aku terperasan akan satu perkara yakni kehadiran seorang akhi yang tampak tenang dan peramah…. Dia seolah olah memberitahu aku yang kehadiranya adalah mustahak dan mutlak….. seolah2 mengganti tempat ayahanda empunya majlis si puteri yang menyambut hari kelahiranya yang tidak dapat hadir sebab harus ke tempat lain….. cukuplah itu untuk dikira sebagai gerakan ilahi, yang mana ia memberitahu aku yang  hatinya memang telah di ‘tambat’ oleh si dia…  tak mengapa kata lidah… berlinang air mata di usik oleh hati kecil ku….. aku memohon diri dari majlis nya dengan perasan  syukur, gembira, sed