Posts

Showing posts from March, 2017

hakikat pengabdian

Allah Maha Agung!! Mungkin, ada masa itu kita tidak dapat mentakzimkan sang pencipta dengan sebenar benarnya namun, lihat tatkala kita benar benar rapuh, lisan kita seolah-olah meminta pelepasan dari kita untuk merintih pada rabbul jalil, nafsu kita yang megah dan sombong jatuh menyembah kepada sang pencipta sekalian alam…. Berlakulah pengabdian yang hakiki  seorang hamba dengan rabbnya!!! Wahai rabb kami yang maha agung, tiada yang agung selain mu…tiada layak lisan ini mengagungkan mu sesuai dengan sifat mu itu, jadikan kami hambamu yang selalu mengagungkan kamu dalam setiap nafas diam kami!!! 

Usah berduka lara

Kepada siapa yang sedang bersedih, usahlah bermuram duka, tiada yang benar zahir kecuali ia adalah penipuan yang halus, ketahuilah, kepada kejadian sedih itu, jadinya kerana pengharapan dan sandaran kita yang teramat sangat kepada sesama makhluk, maka amankanlah hatimu dengan berharap pada zat yang kekal abadi, yang Qadim dan yang Baqa…. Disitu terletak kebahagiaan yang hakiki…. Merintihlah kepadanya, rebahlah dihadapannya, serahkanlah segala isihati mu kepada yang lebih mengetahui rahsia hatimu!!!